Rabu, 22 Februari 2012
Pekalongan
Pertama kali kau ku cinta Pertama kali ku di luka Kini aku menjadi tanda Sebuah kubur cinta Ku berjalan di dalam hujan Mencari api yang terpadam Namun sudah sekian lama Hanyalah gelap gelitaSebagai satu kenangan Ku ciptakan satu taman Rashidah Utama Sebuah kubur cinta Ku berpijak nyata di sini Tak tercapai bintang di langit Ku siramkan airmata Pada darah cinta Sebagai hiasan taman ini Rashidah Utama Sebuah kubur cinta Rashidah Utama Sebuah kubur cinta Biarkanlah aku di sini Menjadi nisan cinta ini Izikanlah aku mengenang Dirimu oh! Sayang . . . . . . . .
Pekalongan
Pertama kali kau ku cinta Pertama kali ku di luka Kini aku menjadi tanda Sebuah kubur cinta Ku berjalan di dalam hujan Mencari api yang terpadam Namun sudah sekian lama Hanyalah gelap gelitaSebagai satu kenangan Ku ciptakan satu taman Rashidah Utama Sebuah kubur cinta Ku berpijak nyata di sini Tak tercapai bintang di langit Ku siramkan airmata Pada darah cinta Sebagai hiasan taman ini Rashidah Utama Sebuah kubur cinta Rashidah Utama Sebuah kubur cinta Biarkanlah aku di sini Menjadi nisan cinta ini Izikanlah aku mengenang Dirimu oh! Sayang . . . . . . . .
Menata ruang tamu
tips: ruang tamu yang selesa Ruang tamu adalah bahagian rumah yang sering digunakan. Oleh itu gaya dan susun atur di ruang itu mestilah selesa dan menyenangkan kerana disitu tempat anda berbual dan beristirehat bersama keluarga ataupun teman. Berikut adalah serba sedikit petua dalam menghias ruang tamu rumah anda. 1. Pilih perabot yang sesuai dengan saiz ruang tamu. 2. Pastikan jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh. 3. Serikan ruang tamu dengan pokok hidup atau sejambak bunga. 4. Jangan letak pokok plastikkerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku. 5. Segarkan ruang tamu dengan meletakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air. 6. Jangan letakkan televisyen di ruang tamu kerana akan mengganggu perbualan. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu. 7. Jangan terlalu padat ketika menyusun perabot kerana lebih ringkas adalah lebih baik. 8. Bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dankrim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar. 9. Rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut. 10. Rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut. 11. Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja. . . . . . . . .
Rahasia kasih berdasarkan bulan
Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan Januari Mudah jatuh cinta. Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati. Sukar setia. Pandai mengambil hati tapi mudah melukai pasangannya. Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya. Bakal jadi bapa atau ibu yangpenyayang. Februari Sukar jatuh cinta tapi mudahuntuk mengkhianati. Hormat kepada pasangan. Suka memikat pasangan. Jujur dan berterus-terang dalam perhubungan. Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya. Sangat romantik. Selalu menjaga hati pasangan. Kurang beremosi terhadap pasangannya. Amat menjaga penampilan diri. Mac Mudah menawan hati pasangannya. Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati. Sangat baik dalam perhubungan. Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. Perasaan cemburu yang minimum. Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. Berprasangka terhadap pasangan. April Memendam perasaan. Malu meluahkan isi hati. Ingin diberi perhatian. Cemburu dalam perhubungan. Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. Emosi cepat terusik dan mudah terluka. Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. Romantik. Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. Sukar berlaku curang. Kebanyakan orang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta' seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha. Mei Mudah jatuh cinta. Jujur dalam perhubungan. Pandai menarik hati pasangan. Perasaan cinta yang mendalam. Mudah dipujuk. Kurang suka untuk sentiasa bersama. Mudah menerima cinta. Pilihan yang tepat dalam berpasangan. Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. Bukan Queen Control atau King Control. Suka mengangankan sesuatuyang indah bersama pasangan. Sentiasa dahagakan kasih sayang. Ambil berat dalam menjaga hubungan. Jun Pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. Sukar melukai dan memahami hati pasangan. Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. Cerewet dalam hubungan. Selalu beremosi. Mudah merajuk dan mudah dipujuk. Cepat rasa bosan dalam percintaan. Kurang yakin dalam perhubungan. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. Bakal menjadi ibu yang baik sekiranya wanita. Dahagakan pujian dari pasangan. Julai Suka didampingi pasangan. Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. Mudah dipujuk dan berterus-terang. Menghargai kesetiaan pasangan. Mengambil berat dan mengasihi pasangan. Suka merajuk dan dipujuk. Setia terhadap pasangan. Suka mendengar dan tidak suka membantah. Cemburu terhadap pasangan. Ogos Tidak serius dalam perhubungan. Mengambil mudah dalam perhubungan. Kesetiaan diragui. Pandai memujuk pasangan. Suka memimpin pasangan. Romantik, pengasih dan penyayang. Kelam-kabut dalam perhubungan. Sering bertukar pasangan. Sukar mencari pilihan yang tepat. Sangat sensitif dan tahap cemburu yang maksimum. Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenaan. September Bersopan dalam perhubungan. Bertolak ansur terhadap pasangan. Suka mengkritik pasangan. Sangat prihatin terhadap pasangan. Sangat sensitif dan emosi. Pandai memahami pasangan. Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan. Amat memilih pasangan. Sukar melupakan sekiranya hati terluka. Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan. Oktober Suka berkomunikasi dengan pasangan. Sopan terhadap pasangan. Jujur dan jarang berpura-pura. Mudah terluka hati. Sukar menerima pandangan pasangan. Emosi yang mudah terusik. Pengasih dan penyayang terhadap pasangan. Terlalu cemburu. Romantik. Memahami pasangan. November Banyak helah. Cermat & teliti dalam hubungan. Amat berahsia. Degil. Tidak suka dikongkong. Mudah ambil berat. Tidak menghargai perhubungan. Tidak romantik langsung. Perangai tidak dapat diramalterhadap pasangan. Kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan. Kurang bersama dengan pasangan. Disember Pemurah terhadap perhubungan. Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. Tergesa-gesa dalam perhubungan. Suka didampingi oleh pasangan. Benci dikongkong. Berbakat untuk kahwin lebih dari satu utk lelaki. Suka mempengaruhi pasangna. Curang dalam percintaan. Kurang bekerjasama dengan pasangan. Selalu cuba untuk mencari pasangan yg baru. Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan. Anda mungkin juga meminati
Perjalanan
Perjalanan Perjalanan Masih terlalu jauh Pertemuan Hakikat yang abstrak Pelayaran Samudera terlalu luas Perhentian Pelabuhan yang kabur Garis-garis hitam dan jingga kan menghampiri kepekatanmalam Mungkinkah ada cahaya? Ufuk barat terlalu jauh Malam ditemani rintihan pungguk Apa itu satu kedamaian? Menuggu fajar di ufuk timur Suatu penantian yang menyeksa.
Langganan:
Postingan (Atom)